Mungkin sebelum ini ada yang begitu percaya bahawa kenderaan elektrik penuh (EV) merupakan masa depan dan dunia bakal beralih sepenuhnya kepada teknologi tersebut dalam masa yang cepat. Hakikatnya perlaksanaan visi itu bukanlah mudah, kerana EV masih mempunyai banyak kekangan yang menyebabkan ia masih tidak praktikal digunakan buat masa sekarang.
Kita boleh lihat sendiri bagaimana banyak pengeluar-pengeluar kenderaan dari Eropah kini sudah mula membuka semula divisi pembangunan enjin pembakaran dalaman masing-masing, yang sebelum ini ditutup kerana percaya peralihan kepada EV boleh dibuat mengikut apa yang dirancang.
Dan untuk pengetahuan anda, walaupun industri EV kini diterajui oleh jenama-jenama dari China, pembuat-pembuat automotif dari negara berkenaan tidak pernah menamatkan pembangunan unit rangkaian kuasa dengan enjin pembakaran dalaman, khususnya dengan teknologi hibrid.
Ini kerana walaupun kita disuap dengan gambaran bahawa kereta EV kini mengusai jalan raya di sana, serta dipasarkan dengan begitu agresif dengan mempunyai bilik-bilik pameran di pusat membeli-belah serta memenuhi ruang pameran di acara-acara Motor Present, hakikatnya jika anda ke bandar-bandar lebih kecil dari Beijing dan Shanghai, masih banyak lagi kereta dengan kuasa petrol menjadi pilihan rakyat di sana.
Salah satu sebabnya adalah fasiliti mengecas. Ini adalah kerana bukan seperti Malaysia di mana terdapat lagi kawasan perumahan landed yang masih mampu milik, kebanyakkan rakyat dengan pendapatan sederhana di China perlu duduk di rumah-rumah house, tanpa kemudahan pengecas EV yang mudah.
Malah jika kita tengok rekod jualan jenama-jenama automotif China di pasaran luar negara khususnya Eropah, model-model yang dieksport keluar kini dengan unit rangkaian kuasa hibrid kini semakin widespread berbanding model-model EV.
Jadi teknologi hibrid khususnya dari jenis plug-in hybrid (PHEV) kini menjadi keutamaan jenama-jenama automotif China. Bagi Chery, pembuat automotif yang berasal dari bandar Wuhu di Wilayah Anhui, ia kini memperkenalkan barisan sistem hibird generasi baharu yang dikenali sebagai Chery Tremendous Hybrid (CSH).
Bagi memperkenalkan sistem ini kepada dunia, Chery Worldwide telah menjemput beberapa wartawan permotoran dari dari Eropah, Amerika Latin, Afrika Selatan, Timur Tengah dan juga kami bagi mewakili rantau ASEAN untuk mencuba unit rangkaian kuasa CSH ini di China bulan lalu.
CSH merupakan sistem hibrid generasi baharu Chery yang dihasilkan menerusi penambahbaikkan dan diperhalusi dari sistem hibrid generasi sebelumnya. Antara penambahbaikkan yang dibuat adalah pemadanan enjin petrol yang lebih efisien, jarak gerak pemanduan menggunakan elektrik sepenuhnya yang lebih jauh dan juga peralihan mod sama ada dari mod EV penuh, atau hibrid yang melibatkan enjin pembakaran dalaman berfungsi lebih lancar tanpa ada rasa seperti enjin dihidupkan.
Penggerak utama bagi sistem PHEV CSH ini adalah kotak gear khusus hibrid (DHT) tiga-kelajuan yang diintegrasikan sekali dengan dua buah motor elektrik yang bersaiz kompak. Ia digandingkan dengan enjin petrol turbo kitaran Miller yang khas dihasilkan untuk sistem hibrid ini, menampilkkan kadar keberkesanan suhu yang lebih baik sehingga boleh mencapai 44.5%, seterusnya memberikan pengunaan bahan api yang lebih rendah.
Selain dari menggerakkan kereta bersama-sama kotak gear DHT, enjin ini juga sebenarnya boleh mengecas semula bateri ketika sedang berjalan. Mannequin-model PHEV dibekalkan dengan bateri keluaran CATL, yang diletakkan pada bawah lantai seakan sebuah EV sebenar.
Kami disediakan dengan dua jenis mannequin PHEV yang menggunakan sistem CSH sepanjang sesi pemanduan kali ini iaitu SUV tujuh-tempat duduk Chery Tiggo 9 PHEV AWD, dan juga sedan segmen-D Chery Arizzo 8 PHEV.
Chery Tiggo 9 PHEV menerima sistem CSH yang menggandingkan enjin petrol kitaran Miller 2.0 liter empat silinder turbo bersama kotak gear DHT tiga-kelajuan dan dua motor elektrik. Disebabkan ini adalah varian pacuan semua roda, satu lagi motor elektrik diletakkan pada gandar belakang ala-sistem PHEV Volvo XC90 T8. Secara keseluruhan SUV besar ini bernafas dengan kuasa 610 hp dan tork maksima 920 Nm!
Manakala Chery Arizzo 8 pula, sistem CSH pada sedan ini dibekalkan dengan dengan enjin petrol kitaran Miller 1.5 liter turbo dengan kotak gear DHT tiga-kelajuan bersama dua motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 355 hp dan tork maksima 530 Nm.
Penulis dimaklumkan bahawa Tiggo 9 PHEV ini mungkin akan dipasarkan ke Malaysia, namun ia mungkin mengambil masa setahun-dua lagi. Bagi Chery Arizzo 8 pula, pasaran sedan segmen-D di Malaysia memang agak suram kerana kebanyakkan pelanggan dari segmen berkenaan kini sudah beralih ke SUV, tetapi nampak seperti ada usaha dari Chery Malaysia untuk membawa sedan kacak berkenaan ke pasaran Malaysia untuk berentap dengan Toyota Camry yang masih utuh bertahan.
Apapun yang perlu diambil perhatian adalah unit rangkaian kuasa CSH 1.5L Turbo pada Arizzo 8 berkenaan kerana konfigurasi yang sama akan digunakan pada SUV Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV yang bakal menerjah pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Perjalanan kami bermula pada 20 April dari Bandar YiChang di Wilayah Hubei (terletaknya empangan penjana elektrik terbesar di China iaitu Empangan SanXia atau Three Gorges Dam) iaitu hampir di tengah Tanah Besar China, dan menuju ke bahagian barat iaitu ke kota Shanghai.
Kami meredah tiga wilayah iaitu Hubei, AnHui dan juga Zhejiang sepenuhnya menggunakan lebuhraya yang merentas kawasan pergunungan. Namun kami sempat untuk turun ke bandar-bandar utama untuk bermalam dan meredah kesesakan jalan raya pada waktu puncak termasuk di ibukota Wilayah Hubei iaitu bandar Wuhan, Bandar Huzhuo di Wilayah Zhejiang, serta sempat melawat kawasan bersejarah di kota purba WuZhen yang turut terletak di Zhejiang.
Pengembaraan kami disajikan dengan pemandangan indah khususnya di kawasan pergunungan dan sungai-sungai yang lebar di mana ia penuh dengan lokasi-lokasi yang kalau boleh saya bayangkan seperti kawasan yang selalu boleh kita tonton dalam filem-filem bertemakan kungfu dan juga perang purba dari China.
Satu lagi yang penulis perasan, tiada permukaan beralun di sepanjang lebuhraya berkenaan, dan tiada laluan berliku kerana lebuhraya tersebut di bina menembusi gunung ganang membolehkan kami menempuh berpuluh-puluh terowong dan jambatan serta laluan bertingkat.
Dan akhirnya pada 22 April, kami tiba di Chery Model Picture Retailer yang terletak di Shanghai disambut oleh CEO jenama Chery Shaodong Zhu, dengan jarak pemanduan yang mencecah 1,400 km. Dan apa yang menakjubkan, penutup pengisi bahan api semua kenderaan yang kami pandu ini langsung tidak dibuka sejak hari pertama pengembaraan, bermakna perjalanan sejauh ini hanya dibuat dengan satu tangki petrol 70 liter untuk Tiggo 9 PHEV dan 55 liter pada Arizzo 8 PHEV!
Sistem PHEV pada kedua-dua mannequin ini memberikan pemanduan yang cukup sporty, di mana daya pecutan yang diberikan sangat responsif seolah-olah memandu sebuah EV dan semua peserta ‘menikmati’ prestasi pemanduan tersebut. Semua kami memandu mengikut kelajuan aliran trafik, dan jika berpeluang pada jalan yang kosong, ramai antara kami yang mencuba semahunya kemampuan unit rangkaian kuasa CSH berkenaan.
Jadi dengan prestasi yang begitu baik dan dipandu tanpa menahan kaki kanan dari menjadi berat, bagaimana kereta-kereta Chery dengan unit rangkaian kuasa PHEV CSH ini dapat menghabiskan perjalanan mencecah 1,400 km ini dengan hanya satu tangki petrol? Mari kita lihat dengan lebih mendalam bagaimana sistem ini berfungsi.
Seperti yang penulis nyatakan tadi, asas kepada sistem PHEV CSH ini adalah kotak gear DHT tiga-kelajuan yang dipadankan. Seperti EV model-model yang digerakkan dengan sistem PHEV CSH ini tidak mempunyai suis penghidup enjin. Anda masuk sahaja ke tempat pemandu dengan kunci berada dalam kabin kereta, pijak pedal brek sambil alih tuil gear ke posisi ‘D’, kereta sudah mula boleh bergerak.
Ini kerana setiap kali ia mula bergerak, roda hadapan akan digerakkan dengan motor elektrik sepenuhnya, dan motor elektrik berkenaan boleh bergerak tanpa enjin petrol hidup sehingga kelajuan sekitar 125 km/j. Manakala untuk Tiggo 9 PHEV, pacuan motor elektrik biasanya akan didahului oleh motor pada gandar belakang terlebih dahulu.
Ini bermakna pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat yang dicatatkan oleh Arizzo 8 PHEV dan 5.4 saat untuk Tiggo 9 AWD PHEV dibuat hanya menggunakan motor elektrik, tanpa enjin petrol dihidupkan langsung!
Bukan hanya motor elektrik berkenaan boleh berfungsi pada kelajuan tinggi dengan bateri berkapsiti agak besar (34.46 kWj untuk Tiggo 9 dan 18.3 kWJ untuk Arizzo 8) dan ia boleh dicas secara plug-in seperti EV sebenar, jarak gerak elektrik penuh untuk sistem CSH ini juga agak jauh.
Atas kertas Chery Tiggo 9 PHEV memberikan jarak gerak EV sejauh 170 km dalam kitaran WLTC, manakala untuk Arizzo 8 PHEV pula adalah 125 km. Dalam sesi pemanduan ini penulis sendiri boleh mengesahkan dengan kadar cas bateri melebihi 95%, kedua-duanya dapat mencapai jarak gerak EV melebihi 100 km dengan mudah.
Oleh itu sekiranya perjalanan anda setiap hari dari rumah ke pejabat hanya 100 km dan anda memandu tidak lebih dari 125 km/j, enjin petrol pada sistem CSH ini tidak akan dihidupkan langsung. Jadi anda hanya perlu mengecas kereta di rumah pada sebelah malam seperti EV biasa, dalam masa yang sama tidak perlu risau jika ada kecemasan untuk menempuh perjalanan yang jauh kerana ia masih boleh bergerak seperti kereta petrol biasa.
Dengan motor elektrik berkuasa tinggi untuk mula bergerak ini juga membolehkan banyak komponen dari kotak gear konvensional disisihkan, dan menjadikan pakej kotak gear DHT ini kekal kecil, kompak dan ringan. Antara komponen yang disisihkan tersebut adalah torque converter, di mana ia tidak lagi diperlukan kerana pergerakan mula gerak dan berhenti dikawal sepenuhnya oleh motor elektrik.
Kuasa motor dengan tork yang kuat ini juga telah menyisihkan keperluan gear rendah 1-2-3 pada kotak gear biasa. Jadi kuasa motor elektrik tersebut sebenarnya membolehkan roda terus bergerak pada nisbah terus dengan motor/enjin atau 1:1 tanpa masalah, seolah-olah berada terus pada gear 4 pada kotak gear konvensional. Oleh itu gear 1-2-3 pada transmisi DHT ini hanya memberikan nisbah overdrive atau seperti gear 4-5-6 pada kotak gear biasa.
Nisbah gear-gear tersebut juga dihasilkan menerusi susunan gear heliks seperti mekanisma kotak gear handbook yang ringkas, tanpa menggunakan sebarang lapisan klac seperti kotak gear AT konvensional. Ini bukan sahaja sentiasa memberikan pemandu rasa ‘terus’ dari pedal pendikit kepada roda, malah ia juga lebih ringan, ringkas dan lebih berdaya tahan.
Satu lagi kelebihan motor elektrik yang boleh beroperasi pada kelajuan tinggi ini adalah untuk faktor NVH. Ini kerana ketika anda memandu pada kelajuan bawah 100 km/j, kabin kenderaan yang menggunakan unit rangkaian kuasa CSH ini adalah sangat senyap seperti sebuah EV sebenar.
Tak kira anda pandu EV atau kereta dengan enjin petrol, pergerakan kenderaan dengan kelajuan melebihi 100 km/j biasanya agak sama kerana bunyi jalan, bunyi angin dan sebagainya mula kedengaran jelas. Jadi ketika ini sekiranya enjin petrol mula beroperasi, bunyi-bunyi lazim lain yang sudah ada tadi sudahpun menenggelamkan bunyi enjin tersebut.
Tambahan pula enjin berkenaan dihidupkan tanpa ada rasa ‘terkejut’ atau gegaran menerusi sistem CSH ini, menyebabkan anda tidak sedar bila sebenarnya enjin berkenaan dihidupkan. Satu cara nak tahu bila enjin berkenaan hidup, anda perlu pilih paparan ‘new power’ pada skrin infotainmen yang memaparkan standing penggunaan kuasa masa sebenar.
Satu lagi perkara yang penulis berpuas hati dengan sistem CSH ini adalah talaan yang dibuat pada pedal brek dan juga sistem servo brek elektrik yang dibekalkan. Ini kerana sebelum penulis pernah memandu uji mannequin hibrid juga keluaran dari jenama China yang memberikan talaan servo brek elektrik yang memberikan rasa tidak sukar untuk pemandu mengagak kuasa brek yang perlu diberikan pada pedal pendikit.
Pedal dan servo brek elektrik pada model-model Chery yang menerima sistem CSH ini bukan hanya terasa seperti masih menggunakan servo brek jenis vakum, malah pemandu turut boleh mengubah mod sama ada sukakan rasa pedal brek yang cepat menangkap atau jenis yang memberikan pemberhentian yang lebih relaks.
Dalam sesi pandu uji ini juga Chery turut mendemonstrasikan sistem Car-to-load (V2L) pada Tiggo 9 PHEV. Ia berfungsi sama seperti sistem V2L yang dipadankan pada model-model EV sebenar, di mana bateri untuk menggerakan motor elektrik turut boleh digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik, dengan contoh yang diberikan kali ini adalah mesin kopi.
Jadi selain boleh beriadah atau mungkin berniaga, sistem V2L pada sistem PHEV Chery Tremendous Hybrid ini juga sebenarnya berguna ketika berlakunya bencana di mana bekalan elektrik terputus.
Kehadiran penulis kali ini ke China bukan hanya untuk menyertai sesi pandu uji ini semata-mata, malah ia dilanjutkan terus untuk menghadiri Auto Shanghai 2025, dan kemudian ke ibu pejabat dan pusat operasi utama Chery di Bandar Wuhu untuk turut terlibat dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Chery Worldwide 2025.
Dalam sidang kemuncak berkenaan, penulis turut dapat melihat dan berpeluang untuk memandu uji satu lagi varian sistem CSH iaitu hibrid biasa (HEV), dipadankan pada Chery Tiggo 4 HEV. Mannequin ini masih lagi belum dilancar di China, dan Malaysia mungkin antara negara terawal menerima mannequin berkenaan (bakal dikenali sebagai Chery Tiggo Cross HEV), di mana ia akan ditunjuk pada acara Malaysia Autoshow 2025 yang akan berlangsung bermula 9 hingga 15 Mei ini.
Kelibat Chery Tiggo Cross ini sebenarnya sudah beberapa kali dilihat sedang diuji di Malaysia sebelum ini. Ia adalah mannequin yang lebih kecil dari SUV segmen-B Chery Omoda 5, tetapi lebih besar dari model-model SUV segmen-A di Malaysia seperti Honda WR-V dan juga Perodua Ativa, dengan ukuran panjang 4,320 mm, lebar 1,831 mm dan jarak roda sejauh 2,610 mm.
Sistem HEV pada Tiggo Cross ini masih menampilkan asas operasi yang sama, tetapi tampil dengan gandingan komponen berbeza. Ia menerima enjin G4G15B 1.5 liter empat silinder NA beroperasi dengan kitaran Atkinson yang turut dibuat khas untuk dipadankan dengan sistem hibrid, dengan memberikan keberkesanan haba yang tinggi mencecah 40%, menghasilkan kuasa 97 hp dan tork makisma 118 Nm.
Tidak seperti versi PHEV yang menerima kotak gear DHT tiga kelajuan, enjin petrol pada sistem CSH HEV ini dipadankan dengan kotak gear dengan kod DHT150 yang menggunakan sistem CVT, atau digelar sebagai ECVT. Namun kotak gear ini masih mengintegrasikan sekali dua motor elektrik dengan bekalan 201 hp dan tork maksima 310 Nm.
Motor tersebut menerima kuasa dari bateri hibrid yang lebih kecil dengan kapasiti 1.83 kWj yang tidak boleh dicas semula menggunakan pengecas EV. Gandingan ini membolehkan Tiggo Cross HEV ini mencapai penggunaan bahan api serendah 5.4 L/100 km, dan mampu untuk bergerak sejauh 1,000 km untuk satu tangki petrol.
Walaupun kuasa yang dihasilkan tidak sebesar sistem CSH PHEV, bekalan tork 310 Nm yang diberikan cukup untuk memberikan wheelspin yang begitu mengujakan ketika berlepas, juga seperti EV sebenar. Malah walaupun ia diberikan transmisi CVT, pecutan yang bermula dengan motor elektrik sepenuhnya tidak akan memberikan ngauman mahupun rasa rubber band impact pada pedal pendikit. Pada pendapat penulis, ini bakal membolehkan Chery Tiggo Cross HEV ini menjadi mannequin dengan unit rangkaian kuasa paling sporty dalam kelasnya sekiranya dipasarkan di Malaysia kelak.
Secara peribadi, penulis sendiri agak menggemari sistem-sistem hibrid yang inovatif kerana unit rangkaian kuasa seperti ini adalah jauh lebih praktikal digunakan di Malaysia. Jika sebelum ini penulis sangat menggemari sistem hibrid e:HEV Honda yang mampu memberikan perjalanan sekitar 700 km dengan satu tangki petrol, kehadiran Chery Tremendous Hybrid ini nampaknya bakal menawarkan satu lagi sistem yang begitu efisien untuk pengguna.
Jadi sekiranya mana-mana mannequin dengan unit rangkaian kuasa CSH ini tiba di Malaysia kelak, apa kata anda cuba dulu uji pandu di bilik pameran untuk merasai kelainan yang diberikan.
GALERI: Perjalanan 1,400 km dari YiChang ke Shanghai dengan Chery Tiggo 9 PHEV CSH dan Arizzo 8 PHEV CSH
GALERI: Chery Tiggo 9 PHEV CSH
GALERI: Chery Arizzo 8 PHEV CSH
GALERI: Sistem PHEV Chery Tremendous Hybrid
GALERI: Sistem HEV Chery Tremendous Hybrid
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.