Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km


Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Mercedes-Benz akhirnya memperkenalkan MPV elektrik mewah yang telah lama diperkatakan, menerusi mannequin baru dikenali sebagai VLE. Dibayangkan sebelum ini melalui mannequin konsep Imaginative and prescient V yang dipamerkan di Auto Shanghai tahun lalu VLE disifatkan oleh Mercedes-Benz sebagai sebuah “Grand Limousine”, walaupun bentuknya jelas menyerupai MPV mewah bersaiz besar.

VLE dibangunkan menggunakan platform modular baru yang dinamakan sebagai Van Structure. Platform fleksibel ini direka khusus untuk van moden dan membolehkan konfigurasi tempat duduk sehingga lapan penumpang. Mannequin ini juga jelas dibangunkan untuk bersaing dengan MPV elektrik mewah dari China yang semakin well-liked seperti Denza D9, Zeekr 009 dan Xpeng X9.

Buat masa awal ini, VLE akan ditawarkan dalam satu varian jarak jauh iaitu VLE300. Mannequin ini dilengkapi motor elektrik hadapan yang menghasilkan kuasa 276 PS atau 203 kW, digandingkan dengan bateri NMC berkapasiti 115 kWh. Mercedes-Benz mendakwa mannequin ini mampu menawarkan jarak pemanduan melebihi 700 kilometer berdasarkan piawaian WLTP.

Pada masa hadapan, varian lebih berkuasa yang dikenali sebagai VLE400 4Matic akan diperkenalkan. Seperti namanya, mannequin ini menggunakan sistem pacuan semua roda dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan melebihi 400 PS atau sekitar 300 kW.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Prestasi pecutannya juga agak mengagumkan dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.5 saat. Mercedes-Benz turut merancang untuk memperkenalkan varian lebih mampu milik dengan bateri LFP berkapasiti 80 kWh.

Seperti mannequin elektrik baru Mercedes-Benz yang lain, termasuk CLA generasi terkini, VLE menggunakan seni bina elektrik 800 volt. Sistem ini membolehkan pengecasan pantas DC sehingga 300 kW. Dengan keupayaan ini, kenderaan mampu menambah jarak perjalanan sehingga sekitar 355 kilometer hanya dalam tempoh pengecasan selama 15 minit.

Bagaimanapun, Mercedes-Benz masih belum mendedahkan tempoh rasmi pengecasan dari 10 hingga 80 peratus. Menariknya, untuk menggunakan pengecas 400 volt seperti Tesla Supercharger, pembeli perlu menambah penukar DC-DC sebagai pilihan tambahan.

Bagi memastikan pengalaman pemanduan setanding dengan kenderaan mewah, VLE turut ditawarkan dengan sistem suspensi udara Airmatic. Sistem ini bukan sahaja memberikan keselesaan perjalanan yang lebih baik, malah membolehkan ketinggian kenderaan dinaikkan atau diturunkan sehingga 40 mm untuk memudahkan keluar masuk penumpang atau meningkatkan kelegaan tanah.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Dari segi dimensi, VLE mempunyai panjang 5,309 mm, lebar 1,999 mm dan tinggi 1,943 mm. Saiz ini menjadikannya antara MPV elektrik paling panjang dalam segmennya, malah lebih panjang daripada Xpeng X9 serta Mercedes-Benz S-Class versi jarak roda panjang.

Jarak roda mannequin ini juga mencapai 3,342 mm, memberikan ruang kabin yang sangat luas. Mercedes-Benz turut merancang untuk memperkenalkan varian lebih panjang dengan panjang keseluruhan 5,484 mm dan jarak roda 3,517 mm, yang bahkan mengatasi ukuran Maybach S-Class.

Berbanding mannequin V-Class sebelum ini, VLE tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani dan mewah. Bahagian hadapan menampilkan gril besar penuh menegak yang boleh dipadankan dengan lambang tiga penjuru Mercedes-Benz yang berdiri di atas bonet, sesuatu yang jarang dilihat pada mannequin berbentuk van.

Lampu hadapan pula direka dengan bentuk beralun dan disambungkan dengan jalur lampu di bahagian atas. Versi Digital Mild turut ditawarkan dengan elemen pencahayaan bintang empat yang menyala.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Rekaan sisi pula kelihatan lebih aerodinamik dengan garis bumbung kaca yang melengkung lembut, garis bahu yang halus serta pemegang pintu jenis pop-out yang rata dengan badan. Penampilan kenderaan yang besar juga dibantu dengan pilihan rim bersaiz antara 19 hingga 22 inci. Di bahagian belakang, lampu LED direka dalam bentuk bar berbentuk U terbalik yang turut membingkai cermin belakang, lengkap dengan tulisan Mercedes-Benz.

Seperti kebanyakan mannequin Mercedes-Benz lain, VLE turut ditawarkan dalam pakej AMG Line yang memberikan rupa lebih sporty menerusi bampar hadapan berbeza, gril dot matrix bercahaya serta brand Mercedes bersaiz besar pada gril. Selain itu, varian Commonplace dan Unique turut ditawarkan, dengan mannequin lebih tinggi menerima kemasan hitam berkilat pada bahagian bawah badan untuk mengurangkan kesan visible saiz kenderaan yang besar.

Di bahagian dalaman, papan pemuka direka rata dan dilapisi kemasan piano hitam, selari dengan rekaan terkini mannequin Mercedes-Benz. Rekaan ini menjadi asas kepada sistem paparan MBUX Superscreen yang ditawarkan sebagai pilihan.

Sistem ini menambah skrin sentuh penumpang hadapan bersaiz 14 inci selain paparan instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen utama 14 inci. Turut tersedia ialah paparan head-up show realiti tambahan bersaiz 23.1 inci serta kamera net di bahagian tengah papan pemuka.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Panel skrin lebar ini diapit oleh corong pendingin hawa menegak, manakala corong tengah disembunyikan di bahagian atas papan pemuka. Mercedes-Benz turut menyediakan tiga pilihan reka bentuk konsol tengah, termasuk versi kompak dengan satu atau dua pengecas tanpa wayar Qi, versi lebih panjang dengan perehat tangan serta ruang simpanan terbuka, dan varian paling mewah dengan dua ruang penyimpanan yang boleh dipanaskan atau disejukkan.

Ruang penumpang belakang merupakan tarikan utama VLE. Mannequin ini boleh didapati dalam konfigurasi tujuh atau lapan tempat duduk. Barisan kedua boleh dipilih sama ada dalam bentuk bangku atau kerusi kapten individu dengan meja lipat.

Kedua-dua jenis tempat duduk ini boleh disusun dalam pelbagai konfigurasi termasuk menghadap ke belakang untuk kegunaan perkhidmatan shuttle. Tempat duduk tersebut juga boleh ditanggalkan sepenuhnya dan dilengkapi roda kecil bagi memudahkan ia dialihkan atau disimpan.

Untuk tahap keselesaan lebih tinggi, Mercedes-Benz turut menawarkan tempat duduk barisan kedua dengan pelarasan elektrik. Namun pilihan paling mewah ialah kerusi Grand Consolation yang dilengkapi kusyen tambahan, perehat kaki terbina, pengecas tanpa wayar individu, sokongan lumbar serta fungsi urutan. Semua pelarasan tempat duduk ini boleh dikawal melalui butang fizikal, sistem infotainmen atau aplikasi Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Kerusi Grand Consolation ini turut dipadankan dengan skrin hiburan gergasi bersaiz 31.3 inci beresolusi 8K dengan nisbah 32:9 yang boleh dilipat keluar dari bumbung, mirip konsep yang digunakan pada BMW 7 Sequence. Skrin ini turut dilengkapi kamera net untuk panggilan persidangan, fungsi paparan berpecah serta keupayaan penstriman kandungan daripada platform seperti Disney+.

Kawalan skrin dilakukan melalui dua pill boleh tanggal yang ditempatkan di belakang tempat duduk hadapan. Sistem audio pilihan pula menggunakan sistem Burmester 3D Encompass Sound dengan 22 pembesar suara serta sokongan Dolby Atmos.

Walaupun menumpukan kepada kemewahan dan teknologi, aspek praktikal masih diberi perhatian. Dengan semua tempat duduk dipasang, ruang however masih menawarkan kapasiti sehingga 795 liter. Jika semua tempat duduk handbook ditanggalkan, ruang kargo boleh meningkat sehingga 4,078 liter, menjadikannya sangat sesuai untuk membawa barangan besar. Mercedes-Benz turut menyatakan bahawa VLE mampu menarik beban sehingga 2.5 tan.

Dari segi keselamatan, VLE dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemandu moden. Antara ciri yang ditawarkan termasuk MB.Drive Help dengan kawalan jelajah adaptif Distronic, bantuan pemusatan lorong serta bantuan pertukaran lorong.

Mercedes-Benz VLE diperkenal – MPV EV mewah kuasa lebih 400 PS, jarak gerak WLTP lebih 700 km

Sistem MB.Drive Help Plus pula menambah fungsi pertukaran lorong automatik. Sementara itu, MB.Drive Help Professional menawarkan pemanduan separa automatik di bandar dan lebuh raya, yang akan diperkenalkan terlebih dahulu di pasaran China. Selain itu, VLE turut dilengkapi bantuan parkir serta sistem kamera 360 darjah yang dipertingkatkan dengan amaran perlindungan rim bagi mengelakkan kerosakan ketika menghampiri bahu jalan.

Walaupun VLE diperkenalkan sebagai mannequin elektrik sepenuhnya, laporan media automotif antarabangsa menyatakan bahawa Mercedes-Benz mungkin akan menawarkan varian enjin pembakaran dalaman pada masa hadapan. Langkah ini selari dengan pendekatan baharu syarikat yang menilai semula strategi elektrifikasi sepenuhnya.

Perkara tersebut juga tercermin melalui perubahan nama platform daripada Van Electrical Structure kepada Van Structure, yang memberi ruang kepada penggunaan pelbagai jenis trenkuasa pada masa hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles