Ketika syarikat induk Hyundai Motor Firm (HMC) mengumumkan akan mengambil alih sendiri operasi berkaitan jenama itu daripada pengedar sebelumnya — Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) — menerusi pengenalan Hyundai Motor Malaysia (HMY), syarikat baru tersebut benar-benar inginkan sebuah permulaan baru.
Jualan model-model legasi terdahulu oleh HSDM tidak lagi diteruskan. Bagaimanapun, HMY tetap akan terus memberikan sokongan lepas jualan kepada pelanggan-pelanggan yang berkaitan. Tiga mannequin disebut menjadi penawaran pertama syarikat baru ini untuk Malaysia: Hyundai Santa Fe serba baru, dan juga Tucson serta Staria versi facelift terkini.
Hal ini juga hadir sebagai sebuah pernyataan penting, bahawa ke hadapan, Hyundai Malaysia akan memberikan tumpuan kepada barisan mannequin konvensional dan hibrid terlebih dahulu, dengan perancangan tersedia untuk pemasangan tempatan bagi ketiga-tiganya: Hyundai Staria sudah di-CKD bermula Oktober 2025, sementara Santa Fe dan Tucson menunggu giliran untuk di-CKD pada suku kedua tahun ini.
Juga, ada sebuah lagi mannequin yang sudah disahkan akan masuk ke pasaran Malaysia, dijangka pada suku keempat tahun ini, iaitu sebuah MPV segmen B yang akan menjadi pesaing kepada model-model widespread seperti Perodua Alza, Toyota Veloz dan Mitsubishi Xpander: Hyundai Stargazer.
Mannequin-model elektrik bagaimanapun tidak termasuk dalam perancangan awal ini. Namun pada Februari 2026, Hyundai Malaysia menyatakan bakal memperkenalkan jenama prestasi N pada suku kedua tahun ini — dengan mempertaruhkan dua mannequin elektrik N: Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N.
Ringkasnya, tak sampai setahun Hyundai Motor Malaysia mula bertapak di sini, ada banyak pembaharuan dan penetapan arah tuju yang nampak meyakinkan daripada syarikat ini. Tahun pertama yang sangat sibuk; dan ini belum lagi mengambil kira pengaktifan perluasan jaringan pengedar serta usaha untuk mengurangi kos pemilikan pelanggan.
Untuk itu, tentulah ada kewajaran untuk melihat penawaran terkini Hyundai di Malaysia dengan pandangan yang baru juga, selayaknya perkembangan teknologi serta kualiti buatan dan pemasangan yang ditampilkan oleh jenama tersebut saban tahun. Dan, kami meneliti Hyundai Tucson 1.6L Turbo Hybrid 2025 terlebih dahulu.
Apa perubahan yang dilakukan terhadap Tucson terbaru ini berbanding versi lamanya? Bermula dari bahagian depan, ia boleh dibezakan melalui wajah depannya, yang melibatkan tiga pembahaharuan. Pertama, perincian visible pada gril radiatornya kini dengan kemasan krom hitam berkilat yang lebih dominan berbanding kemasan krom biasa sebelum ini.
Kedua, di sudut kiri dan kanan gril ini juga menempatkan unit parametric jewel signature lamp yang tersorok dalam empat slot rekaan kemasan yang sama sebagai DRL. Dan yang ketiga, mannequin facelift ini menampilkan rekaan bampar baru yang lebih tinggi jarak kelegaannya daripada permukaan tanah.
Sentuhan ini menjadikan wajah depan Tucson lebih garang, gelap dan elegan berbanding versi sebelumnya — kelihatan lebih lebar dan gagah sekali gus. Lampu utama pula masih kekal berada di bahagian sudut bampar pada kedudukan yang lebih rendah berbanding DRL berkenaan.
Di bahagian belakang juga ada empat pekara yang diperbaharui untuk SUV ini. Yang dimaksudkan ialah bampar belakang, yang kini tampil dengan bahagian bawahnya ala diffuser berwarna perak. Selain itu lencana namanya juga disepadukan dengan bentuk huruf baru, bahagian pengilap cermin yang diperpanjangkan serta bahagian lampu isyarat yang kini disekalikan dengan lampu undur dan reflektor.
Lebih banyak pembaharuan dilakukan di bahagian dalama kabin. Tiada lagi papan pemuka dengan rekaan melengkung dan nampak besar, yang kini digantikan dengan rekaan papan pemuka yang lebih lurus, ringkas dan memberikan imej lebih bersih dan tertumpu untuk ruang kokpit.
Suasana baru ini disumbangkan antaranya oleh rekaan stereng tiga-jejari baru yang nampak lebih kemas. Tombol gear juga telah dipindahkan ke bahagian kolum belakang stereng (jenis shift-by-wire). Untuk paparan bagi skrin infotainmen, Tucson kini dilengkapi dengan skrin digital melengkung 12-inci panoramik dengan paparan TFT-LCD untuk panel instrumen. Di bawahnya pula terletak tombol dan suis kawalan pendingin fizikal dengan paparan 6.6-inci, dengan rekaan yang lebih minimal dan memudahkan kendalian fungsi tersebut.
Selain itu, rekaan baru ini juga menghadirkan konsol tengah terapung yang menyediakan banyak ruang terbuka untuk meletak lebih banyak barangan kecil, ruangan multi-tray dan juga pengimbas jari untuk pemandu. Semua pembaharuan ini jelas menunjukkan bahawa Tucson ingin menggabungkan kecanggihan teknologi dengan rekaan kontemporari yang mengutamakan fungsi dan kegunaan, yang tetap tampil sofistikated. Ia adalah satu kelebihan bagi Tucson facelift ini.
Paling penting, pengenalan Hyundai Tucson facelift 2025 ini turut memperkenalkan sebuah sistem jana kuasa baru yang sebelumnya tiada dalam barisan penawaran Tucson di Malaysia — iaitu versi 1.6T GDI HEV yang sedang kita berikan perhatian dalam artikel ini. Varian hibrid ini juga kini menjadi penawaran paling tinggi untuk Tucson sekarang, yang turut disertai oleh dua lagi sistem jana kuasa lainnya: iaitu enjin 2.0 MPi dan 1.6T GDI.
Sebagai rujukan, berikut senarai lengkap penawaran varian bagi Hyundai Tucson facelift 2025 dengan harganya:
- Hyundai Tucson Model G2.0 MPi – RM143,888
- Hyundai Tucson Prime 1.6T-GDi – RM164,888
- Hyundai Tucson Status 1.6T-GDi AWD – RM186,888
- Hyundai Tucson Status 1.6T-GDi Hybrid – RM197,888
Bagi varian hibrid, yang membezakannya dengan varian dengan enjin 1.6 liter turbo lain adalah ia dilengkapi sebuah motor elektrik dengan bateri lithium-ion 1.49 kWh yang menjana kuasa sebanyak 64.9 PS (47.7 kW) dan 264 Nm tork bagi membantu enjinnya. Ini menjadikan gabungan output keseluruhannya ialah 235 PS (172 kW) pada 5,500 rpm dan 367 Nm antara 1,500-4,500 rpm. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.
Melihat kepada angka-angka di atas kertas, jelas menunjukkan yang kuasanya cukup meyakinkan, apatah lagi bagi sebuah SUV. Dan semua itu diterjemahkan dengan cukup berkesan ke dalam pemanduan sebenar. Memandu Tucson baru ini mengingatkan kami semula kepada apa ertinya sebuah SUV yang hadir dengan aspirasi kepenggunaan yang tangkas dan pelbagai.
Dalam kebanyakan masa, enjinnya ditala untuk memberikan keselesaan yang optimum kepada pemandu dan penumpang. Tucson baru ini menyampaikan kuasanya dengan tenang dan lancar, dan sentiasa terasa bertenaga, walaupun dalam keadaan kapasiti lima penumpang penuh. Dalam kelajuan cruising, keselesaan yang diserlahkan sangat ketara dan akan dihargai oleh ramai.
Di kesempatan yang lain, sekiranya ingin merasakan kuasa penuh SUV ini, pilihan mod pemanduan tersedia untuk dimanfaatkan. Beralih ke mod Sport akan membuka dimensi yang berbeza bagi Tucson: ia serta-merta bertukar menjadi mesin yang lebih responsif dan tangkas, kekal memberikan kestabilan yang meyakinkan. Oleh kerana SUV ini mempunyai cukup kuasa jika dibandingkan dengan beratnya, SUV ini kami rasakan mampu memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi, tak hanya untuk kegunaan umum, sebaliknya untuk pengalaman pemanduan yang sangat memuaskan memuaskan.
Hyundai Tucson 1.6T GDI HEV ini selain memberikan tahap keselesaan yang premium, ia juga ada satu lagi kelebihan lain: sistem hibridnya membantu memberi lebih banyak penjimatan kerana membolehkan SUV ini bergerak dalam kecekapan tenaga terbaiknya. Kami kongsikan sedikit angka-angka dari pemerhatian daripada penggunaan sebenar ketika menguji SUV ini, dan bukan dari angka atas kertas yang didakwa oleh pengeluarnya.
Bacaan purata penggunaan minyak yang dapat kami capai sepanjang memandu SUV ini dalam perjalanan keseharian, termasuk untuk perjalan jauh, adalah 5.0 liter per 100 km, atau bersamaan dengan 20 km bagi seliter petrol — seperti yang ditunjukkan oleh meter di kluster panel pemandu. Ketika itu, jarak yang sudah dilalui ialah 417.8 km, dengan baki tangki minyaknya menunjukkan jarak 416 km.
Ini bukanlah angka yang dibuat-buat, atau sekadar didakwa di atas kerja risalah. Ia sekali gus menunjukkan teknologi hibrid dalam generasi yang ada hari ini begitu menjimatkan tenaga dan bahan api. Bagi kami, ini satu lagi kelebihan berbanding EV: tak perlu memikirkan tentang lokasi dan masa untuk mengecas semula, dan dengan hanya satu tangki penuh, ia bahkan dapat merangkumi sekitar dua kali ganda jarak perjalanan (atau bahkan lebih) berbanding EV. Kadar penggunaan minyak ini juga bahkan hampir menyamai bacaan sama yang biasanya diberikan oleh model-model Perodua yang cukup terkenal menjimatkan — dan Tucson ini dalah kenderaan yang lebih besar saiznya!
Berbanding SUV segmen C yang lain, adakah Tucson 1.6T GDI HEV ini mempunyai kelebihan yang mengatasi pesaingnya? Misalnya, jika dibandingkan dengan Honda CR-V RS e:HEV (RM195,900)? Bagi kami, ya. Tucson yang ada hari ini bukanlah seperti Tucson yang hadir dari satu atau dua generasi sebelumnya. Ia seperti kelahiran semula, dengan terlalu banyak refinement yang telah dilakukan, untuk membolehkannya berentap secara berdepan dengan model-model daripada pengeluar Jepun.
Tucson baru ini juga mampu berdiri sama tinggi dengan pesaing-pesaing EV dalam segmen atau julat harga yang sama. Ambil contoh tiga mannequin ini: Xpeng G6 AWD Efficiency (RM 190,708.00); Zeekr 7X RWD Lengthy Vary (RM 190,800.00); dan BYD Sealion 7 Efficiency (RM 199,800). Walaupun model-model EV ini datang dengan sistem dan teknologi yang lebih canggih dan maju, serta rekaan yang rata-ratanya boleh disifatkan cukup menyerlah, untuk tidak perlu memikirkan tengan pengecasan adalah satu faktor yang akan dihargai oleh mereka yang mementingkan praktikaliti penggunaan, apatah lagi bagi mereka yang hanya ingin mempunyai sebuah kereta sahaja untuk semua urusan.
Dari aspek kelengkapan keselamatan juga Hyundai Tucson 1.6T GDI HEV sangat menyerlah. Sebagai varian paling tinggi dalam penawarannya, ia tampil dengan senarai keselamatan lengkap. Ciri keselamatan aktif seperti enam beg udara, ABS, kawalan kestabilan (VSM), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), kawalan brek menuruni curam (DBC) adalah segelintir daripada banyak lagi fungsi yang tersedia.
Begitu juga dengan teknologi keselamatan canggih Hyundai SmartSense: varian tertinggi ini menerima ciri lengkapnya, merangkumi 12 fungsi kesemuanya (seperti dilampirkan dalam gambar). Varian Status juga datang dengan saiz rim 19-inci. Untuk saiz ruang kargo di belakang, Tucson baru ini menyediakan ruang seluas 582 liter dengan kerusi barisan kedua dinaikkan. Jika kerusi tersebut direbahkan, ruang yang tersedia ialah 1,903 liter — cukup luas untuk membolehkan anda membawa barangan yang besar dan panjang.
Untuk warna badan, lima warna ditawarkan — Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Titan Grey Metallic, Ocean Indigo Pearl dan Amazon Grey Metallic. Pilihan warna ruang kabin untuk varian Status pula ada dua, black mono sebagai customary dan juga moss grey. Hyndai Tucson baru ini didatangkan dengan tempoh jaminan lapan-tahun/160,000 km.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
