Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
Tuesday, September 24, 2024

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!


Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Sedar tak sedar, sudah lapan tahun Bugatti Chiron berada dalam pasaran. Dan selepas 500 unit hypercar pengganti Veyron itu disiapkan, tibalah masa pengeluaran Chiron dihentikan. Ini dia hypercar generasi baharu Bugatti yang diberi nama Tourbillon!

Nama “Tourbillon” ini sebenarnya sudahpun digunakan oleh Bugatti untuk jam tangan mewahnya sebelum ini. Ia adalah perkataan dari bahasa Perancis yang bermaksud ‘puting-beliung’. Tourbillon ini juga merupakan mannequin pertama Bugatti selepas ia disatukan bersama pembuat hypercar EV Crotia, Rimac seterusnya menjadi mannequin pertama Bugatti menerima teknologi elektrifikasi.

Tourbillion tidak lagi dikuasakan oleh enjin W16 8.0 liter empat pengecas turbo yang digunakan oleh pada Veyron dan Chiron sebelum ini. Sebaliknya ia menerima enjin bentangan-V dengan 16 omboh (V16) berkapsiti 8.3 liter yang dibina bersama Cosworth.

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Enjin tersebut ditimbang hanya 252 kg dan tidak menerima sebarang pengecas turbo, tetapi mampu untuk menghasilkan 1,000 ps dan tork maksima 900 Nm serta mampu ‘menjerit’ pada putaran 9,000 rpm. Ia turut digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 340 PS/240 Nm yang diletakkan antara enjin dan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan yang memutarkan roda belakang di bantu dengan unit LSD.

Bukan itu sahaja, sepasang lagi motor berkuasa 340 PS turut diletakkan pada gandar hadapan, masing-masing memutarkan roda kiri dan kanan, yang bukan sahaja memberikan kemampuan pacuan semua roda terhadap hypercar ini, malah ia turut menyediakan kuasa keseluruhan berjumlah 1,800 PS!

Gandingan semua ini membolehkan Bugatti Tourbillon memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2 saat, dan mencapai kelajuan 200 km/j dalam masa kurang dari 5 saat. Ia kemudiannya mencapai kelajuan 300 km/j dalam masa kurang 10 saat dan 400 km/j kurang dari 25 saat.

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Dalam kebanyakkan masa, kelajuan maksima Tourbillon ini dihadkan pada 380 km/j. Dengan Velocity Key, sayap belakang hypercar ini akan direndahkan lagi bagi membolehkan kelajuan 445 km/j dicapai. Kurang laju berbanding Chiron Tremendous Sport 300+ yang mencatatkan kelajuan 490 km/j sebelum ini? Bertenang. Ini baru mannequin asas Tourbillon dan Bugatti mungkin akan menghasilkan versi edisi terhad lebih hardcore bagi memecahkan rekod tersebut.

Kesemua motor-motor elektrik pada Tourbillon ini menerima kuasa dari bateri 25 kWj yang boleh di cas secara plug-in seperti EV, membolehkan ia bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 60 km. Bugatti mendakwa walaupun Tourbillon menerima sistem hibrid PHEV ini, berat keseluruhannya masih lebih rendah berbanding Chiron yang ditimbang hampir 2 tan.

Rahsianya, Tourbillon dibina dengan kerangka dan struktur badan komposit baharu dari gentian karbon T800 yang disepadukankan bersama bateri hibrid, diffuser belakang, struktur keselamatan pelanggaran dan juga pengambil udara hadapan. Ada juga komponen yang dihasilkan secara cetakan 3D seperti pada pendakap-pendakap struktur hadapan dan belakang serta lengan-lengan pada sistem suspensi multilink, yang menjadikan keseluruhan sistem suspensi 45% lebih ringan.

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Bagi memastikan kuasa dari enjin dapat dihantar kepada permukaan tar, Tourbillon dipadankan dengan set rim 20-inci di hadapan dan 21-inci dibelakang, dibalut dengan tayar Michelin Pilot Cup Sport 2 rekaan khas menampilkan saiz 285/35 R20 di hadapan dan 345/30 R21 di belakang.

Untuk menghentikan kereta dengan kelajuan tak masuk akal ini pula, ia menerima set brek karbon seramik secara commonplace. Tak cukup dengan itu, sistem brek turut dihubungkan kepada sayap belakang menerusi sistem brake-by-wire bagi memberikan fungsi brek udara.

Bentuk badan Bugatti Tourbillon ini bukan hanya dipengaruhi oleh kesan aerodinamik yang diperlukan untuk dipandu pada kelajuan lebih 400 km/j, malah ia turut perlu untuk memberikan fungsi penyejukkan untuk unit rangkaian kuasa. Gril tradisi ‘ladam kuda’ pada bahagian hadapan masih dikekalkan, tetapi ia kini lebih besar dan lebar bagi memberikan aliran udara bukan sahaja untuk radiator enjin, malah untuk mengalirkan udara ke bonet hadapan bagi meningkatkan downforce kawasan tersebut.

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Lampu hadapan Tourbillon ini juga direka lebih nipis dari Chiron, dan di bawahnya juga ditempatkan satu lagi pengalir udara bagi merentasi fender hadapan dan masuk ke skup sisi. Rekaan berbentuk-C besar pada sisi hypercar ini seperti Chiron juga masih dikekalkan.

Tourbillon diberikan lampu LED yang merentangi sepenuhnya bahagian belakang dengan tulisan “Bugatti” yang menyala di tengah, serta diberikan diffuser udara besar yang bermula dari belakang kabin. Bahagian tersebut turut menjadi perumah bagi empat lubang ekzos yang direka leper.

Hypercar generasi baharu ini masih mengekalkan rekaan dual-cockpit tipikal Bugatti di mana pemandu dan penumpang dipisahkan menerusi konsol tengah yang besar dari papan pemuka sehingga ke belakang. Untuk masuk ke bahagian ini, pintu direka dengan bukaan seperti kepak kupu-kupu.

Bugatti Tourbillon – pengganti Chiron, 8.3L NA V16 PHEV, 1,800 PS, 0-100 km/j dalam 2 saat, 445 km/j!

Tidak seperti kebanyakkan kereta-kereta terkini yang diberikan paparan instrumen digital, Tourbillon dibezakan dengan pemadanan paparan meter mekanikal yang diilhamkan dari jam tangan mekanikal mewah bagi membawa imej mewah pada satu tahap lebih tinggi. Meter tersebut direka dan menerima kejuruteraan pembuat jam tangan Swiss sebenar, yang merangkumi 600 komponen diperbuat dari materials titanium dan juga batu permata seperti batu nilam dan batu delima.

Kluster paparan meter tersebut diletakkan sekali dengan kolum stereng bagi memastikan ia boleh dilihat setiap masa oleh pemandu walaupun posisi roda stereng diubah. Jejari roda stereng tersebut pula direka dihubungkan pada bahagian belakang paparan meter tersebut bagi memberikan gambaran seolah-olah ia terapung.

Konsep ‘terapung’ ini juga diterapkan pada bahagian konsol tengah Bugatti Tourbillon ini di mana bahagian tersebut turut menerima perapi-perapi aluminium dan kristal di-mesin. Konsol ini menempatkan suis-suis dan butang yang mudah dicapai dan dioperasikan untuk fungsi penghidup enjin, penghawa dingin, tahap bunyi audio, dan pelbagai lagi.

Sekali tengok, Tourbillon nampak macam tak diberikan skrin tengah untuk fungsi multimedia dan infotainmen bukan? Skrin tersebut sebenarnya ada, ia disorokkan pada bahagian atas konsol tengah dan hanya akan dikeluarkan secara automatik sekiranya diperlukan dan boleh diputarkan berdasarkan keperluan. Tempoh masa menuggu untuk skrin tersebut lengkap keluar juga tidaklah lama – bagi mod potret (untuk kamera undur) hanya 2 saat, dan mod lanskap adalah 5 saat.

Seperti kereta lumba sebenar, tempat duduk Bugatti Tourbillon ini dipasang tetap pada lantai dan tidak boleh dilaras, sebaliknya larasan perlu dibuat pada padel field bagi menyesuaikan kaki pemandu. Menurut Bugatti, ini bukan sahaja membolehkan mengurangkan berat, malah bumbung kereta ini juga dapat direka lebih rendah. Untuk lebih mengurangkan beratnya, sistem audio Tourbillon ini tidak menggunakan pembesar suara konvensional, sebaliknya bunyi-bunyi dikeluarkan menerusi penguja pada panel pintu dan lain-lain panel yang bergetar.

Bugatti Tourbillon masih lagi berada dalam fasa pengujian buat masa sekarang, dan pelanggan yang menempahnya akan menerima kereta bermula pada 2026. Bugatti hanya akan menghasilkan sebanyak 250 unit Tourbillion, dan setiap unit dijual pada harga bermula €3.8 juta (RM19.2 juta).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles