25 Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina – efektif hingga 2 Feb 2025


25 Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina – efektif hingga 2 Feb 2025

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari Puncak di rangkaian lebuhrayanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada Rabu hadapan. Ini merupakan peningkatan hampir 20% pada hari-hari biasa di rangkaian Lebuhraya PLUS. Jangkaan hari-hari puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 24 hingga 25 Januari, 31 Januari dan 1 Februari 2025.

Justeru, bagi melancarkan pergerakan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuhraya kendaliannya, laluan Smartlane di 25 lokasi tumpuan trafik telah mula diaktifkan sejak semalam (23 Jan) sehingga 2 Februari 2025.

Smartlane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang. Ketika Smartlane diaktifkan, lorong kecemasan sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.

“Pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti laluan Smartlane melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Inexperienced Flashing Gentle) dan papan tanda pemberitahuan yang dipasang untuk menunjukkan bahawa laluan Smartlane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi tertentu,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi.

25 Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina – efektif hingga 2 Feb 2025

25 lokasi bagi Smartlane terbabit adalah:

Wilayah Utara

  • Bertam hingga Sg. Dua (KM120.6 hingga KM125.0 Arah Selatan)
  • Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4 hingga KM146.4 Arah Utara)
  • Hentian Sebelah Sg. Bakap hingga Jawi (KM159.3 hingga 162.7 Arah Selatan)

Wilayah Tengah

  • Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2 hingga KM297.0 Arah Utara)
  • Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 Arah Utara)
  • Sungkai hingga Slim River (KM354.0 hingga KM356.0 Arah Utara)
  • Kawasan Rehat & Rawat Rawang hingga Sg. Buaya (KM439.5 hingga KM435.5 Arah Utara)
  • Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1 hingga KM443.3 Arah Selatan)
  • Setia Alam hingga Shah Alam (KM4.3 hingga KM8.1 Arah Selatan)
  • Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4 hingga 7.0KM Arah Utara)
  • Susur Keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 Arah Utara)
  • Nilai hingga Kawasan Rehat & Rawat Seremban (KM280 hingga KM276 Arah Selatan)
  • Putra Mahkota hingga Southville (KM289.4 hingga KM292.6 Arah Utara)
  • Southville hingga Putra Mahkota (KM289.5 hingga KM293.5 Arah Selatan)
  • Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM8.2 hingga KM5.4KM Arah Utara)
  • Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3 hingga KM13.2 Arah Utara)
  • Putra Heights hingga Bandar Saujana Putra (KM13.8 hingga KM15.7 Arah Selatan)
  • Susur Masuk dari Lebuhraya MEX ke Lingkaran Putrajaya – Cyberjaya (KM P7.4 hingga KM P7.9 Arah Selatan)

Wilayah Selatan

  • Port Dickson hingga Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 Arah Utara)
  • Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 Arah Selatan)
  • Sedenak hingga Kulai (KM34.0 hingga KM27.0 Arah Selatan)
  • Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 Arah Selatan)
  • Kulai hingga Senai (KM27.0 hingga KM19.0 Arah Selatan)
  • Dato’ Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga 1.9 Arah Selatan)
  • Pandan hingga Kempas (KM0.4 hingga KM6.0 Arah Utara)

25 Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina – efektif hingga 2 Feb 2025

Untuk itu, pengguna lebuhraya dinasihati agar mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smartlanediaktifkan. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain, di mana tiada laluan Good Lane diaktifkan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar pula berkata, “Selain pengaktifan 25 lokasi Smartlane, PLUS turut mempertingkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota pasukan tindakbalas kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden lebuhraya. Selain tu, berdasarkan knowledge pola pergerakan trafik musim perayaan, PLUS juga menyediakan aplikasi MyPLUS-TTA untuk memudahkan pengguna lebuhraya merancang perjalanan mereka sekaligus membantu pengagihan trafik.”

Tambah beliau, PLUS juga telah menambahbaik kemudahan awam di lebih 50 lokasi sejak tahun 2023 dan menambah 50 tandas kabin bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa.

Selain itu, PLUS turut menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan di lebuhrayanya bermula 23 Januari hingga 3 Februari 2025. Dalam tempoh ini, tiada penutupan lorong akan dijalankan kecuali ianya melibatkan kerja-kerja pembaikan kritikal, kecemasan dan pengalihan kemalangan untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

25 Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina – efektif hingga 2 Feb 2025

“Sepanjang tempoh musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang, kerja-kerja projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Sedenak-Kulai, Johor akan diteruskan mengikut jadual perancangan semasa tempoh di atas. Kerja-kerja yang sedang dijalankan di lokasi ketika ini hanya merangkumi kerja-kerja tanah, pemotongan dan tambakan cerun, struktur perparitan dan pengalihan utiliti yang tidak akan melibatkan sebarang penutupan lorong di laluan utama lebuh raya,” jelasnya.

Pengguna lebuhraya diminta merancang perjalanan masing-masing termasuk boleh mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dengan memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi perjalanan di antara 24 Januari hingga 2 Februari 2025. MyPLUS-TTA merupakan pendekatan digital PLUS untuk membantu orang ramai merancang dan memilih perjalanan yang paling sesuai untuk musim-musim perayaan.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihatkan semua pengguna lebuhraya supaya menyelenggara dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, bersedia secara fizikal dan psychological untuk melakukan perjalanan jauh, memastikan baki kad Contact ‘n Go dan e-Pockets mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan lebih berhati-hati ketika memandu semasa musim hujan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles